Tan Cheong Min terbaik 2019

Oleh Bazly Azmi 22 February 2020 89
Tan Cheong Min terbaik 2019
Laluan jaguh wushu negara, Tan Cheong Min, pasti mencabar tahun ini.

Juara dunia 2019 ini masih segar dengan kejayaan dinobatkan pemenang Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2019, mengatasi lima pencabar lain.

Cheong Min akan menghadapi kalendar padat bermula Julai depan dengan deretan kejohanan antarabangsa hingga Disember.

Berbalik kepada AJNA, Cheong Min mengumpul 29 peratus undian keseluruhan.

Kejayaan atlit berusia 22 tahun ini dipacu kemampuannya meraih pingat emas acara nandao pada Kejohanan Wushu Dunia di Shanghai, China, Oktober tahun lalu.

Malah, dia turut raih perak dalam nanquan dan dual event.

“Kejayaan ini bukti atlit wushu mampu berada setaraf dengan jaguh utama negara. Malah, ia membakar semangat saya untuk menghadapi jadual padat sepanjang 2020".

“Saya akan berusaha untuk raih lebih banyak kejohanan tahun ini walaupun wushu tidak dipertandingkan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020,” kata Cheong Min.

Kempen AJNA 2019 yang bermula sejak 21 Januari lalu  membabitkan dua fasa.

Secara keseluruhan, AJNA 2019 mencatat rekod baru dengan 72,860 undian di semua platform – mengatasi jumlah tahun lalu iaitu lebih 45,000 undian.

Apa yang menarik mengenai AJNA, selalunya pemenang akan dinobatkan sama ada Olahragawan atau Olahragawati Kebangsaan. Selamat berjaya Cheong Min!

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen