Arsenal akan menerima kunjungan dari ‘London rivals’ mereka, Chelsea dalam aksi pertengahan minggu Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi ini yang menyaksikan The Gunners mempunyai peluang cerah untuk berada lebih lama di takhta liga.

Situasi ini juga sedikit sebanyak memberi kelebihan buat skuad Mikel Arteta untuk mengukuhkan kedudukan sekaligus memberi tekanan tambahan kepada pencabar terdekat mereka, Liverpool dan Manchester City yang akan turun beraksi pada hari berikutnya.




Kemenangan 2-0 ketika kunjungan ke Wolverhampton merupakan ‘booster’ yang diperlukan The Gunners selepas penyingkiran yang mengecewakan dalam Liga Juara Juara Eropah dan kekalahan di laman sendiri menentang Aston Villa.

Buat Chelsea pula, mereka akan tiba di perlawanan itu selepas mengalami penyingkiran hebat kepada Manchester City pada separuh akhir Piala FA Sabtu lalu. Sudah pasti Arsenal akan mengambil peluang tersebut untuk menambah 3 mata penuh lebih-lebih lagi beraksi di hadapan penyokong tuan rumah.







Jika semuanya memihak Arsenal, mereka akan kekal di takhta liga dengan kelebihan 3 mata dari Liverpool dan 4 mata dari Manchester City, tetapi harus diingat yang City masih mempunyai kelebihan dua perlawanan di tangan berbanding Arsenal dan Liverpool apabila mereka kembali ke EPL.