Bekas pemain nombor 1 dunia dari Sepanyol serta juara Kejohanan Wimbledon dan juara Terbuka Perancis, Garbine Muguruza, mengumumkan persaraannya pada hari Sabtu lalu.

Pemain kelahiran Venezuela itu memenangi Terbuka Perancis pada 2016 dan Kejohanan Wimbledon pada 2017, dan dia mara ke final Terbuka Australia pada 2020.

Dilahirkan di Caracas kepada bapa Sepanyol dan ibu Venezuela, Muguruza berpindah ke Barcelona ketika dia masih kecil untuk meneruskan latihan tenisnya. Dia menjadi wanita Sepanyol pertama menjulang trofi Grand Slam sejak Arantxa Sanchez Vicario di Terbuka Perancis 1998.

April lalu, dia berkata dia akan berehat daripada semua pertandingan untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya

Muguruza, 30, menduduki ranking nombor satu pada 2017 dan menduduki tempat ketiga pada penghujung 2021 apabila memenangi tiga gelaran WTA.

Dia menjadi pemain profesional pada 2012 dan memenangi gelaran utama pertamanya pada 2016, mengalahkan Serena Williams di final Terbuka Perancis.

Pada tahun berikutnya dia dinobatkan sebagai juara Wimbledon selepas menang ke atas Venus Williams dalam perlawanan akhir, dan mencapai gelaran nombor 1 dalam ranking dunia.

Dia adalah finalis di Terbuka Australia pada 2020 dan, pada tahun berikutnya, memenangi Kejohanan Akhir WTA.