Pejam celik Ramadan dah nak berakhir dan umat islam seluruh dunia menghampiri Syawal yang akan kunjung tiba tidak lama lagi untuk diraikan.

Apa yang menjadi salah satu tumpuan sepanjang ramadan kali ini pastilah gelagat atau pun babak menyentuh hati yang melibatkan atlet antarabangsa, yang turut berpuasa dalam menjalani apa jua saingan yang sedang berlangsung ketika ini.

Bukan la kali pertama melihat situasi sebegini tetapi setiap kali apabila bulan Ramadan menjelma, ia tetap akan menarik perhatian saya yang dekat dengan sukan tempatan dan juga antarabangsa.

Mungkin small gesture bagi segelintir tapi ia tetap perlu dihargai.

Kita ambil contoh terdekat, antara sukan yang jelas mengamalkan situasi terpuji ini antaranya bola keranjang (NBA) dan juga bola sepak Liga Perdana Inggeris.

Antara babak yang turut viral di laman media sosial dan mendapat respon positif dari netizen adalah apabila perlawanan diberhentikan seketika untuk memberi laluan kepada pemain yang beragama Islam berbuka puasa.

Jangan lupa juga buat unsung heroes seperti kakitangan dan krew yang melaksanakan tugas ketika berpuasa.

Tular juga di media sosial apabila pengendali Manchester United, Erik ten Hag, meluangkan masa bersama barisan pemain dan staf sewaktu berbuka puasa walaupun berada di bawah tekanan selepas pasukannya melakar keputusan seri berdepan Brentford baru-baru ini, namun hubungannya tetap dijaga.

Diharapkan kelakuan begini dapat banyak lagi kita lihat pada masa akan datang.

Dan beberapa hari terakhir menjelang Aidilfitri, saya selaku salah seorang hos/pengacara di Astro Arena ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Selamat Hari Raya Aidilfitri!