Minat Ahmad Ezzrin Loy, pelakon yang pernah membintangi telemovie terbitan Astro Ria berjudul Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, terhadap sukan permotoran memang tidak asing lagi.

Kecenderungannya terhadap sukan tersebut boleh dilihat menerusi penglibatan dalam acara seperti perlumbaan TGR Malaysia.

Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini sering kali meraih prestasi baik dalam perlumbaan disertainya bersama rakan artis yang lain.

Tertarik melihat video dan gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram Ezzrin baru-baru ini bersama dua pelumba Formula 1 yang digilai para wanita seantero dunia, Charles Leclerc dan juga Carlos Sainz.

What a moment buat Ezzrin, kita yang melihat ni pun tumpang teruja!

Tapi yang lebih menarik perhatian apabila melihat gelagat pelumba Ferrari tersebut melayan peminat mereka seperti kenalan lama, siap ajak golf session bersama.

Mereka bertemu dalam satu sesi ramah mesra bersama peminat di Shanghai, China dan menjawab pertanyaan ramai, Ezzrin dah sahkan Leclerc dan Sainz memang kacak in person!