Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara pulang hampa tiada sebarang kemenangan dicatat dalam pentas Piala Asia di Qatar.

Anak buah Juan Torres Garrido bergelut melepasi peringkat kumpulan D apabila diundi berdepan lawan seperti Vietnam, Uzbekistan serta Kuwait.

Tewas 2-0 kepada Uzbekistan dan juga Vietnam, perlawanan terakhir di Stadium Al-Janoub juga sendu dengan skuad negara dilihat sekali lagi dikecewakan sekaligus tiada sebarang mata terhasil.

Namun, gol sulung sepanjang saingan berlangung hadir menerusi Haqimi Azim Rosli dalam perlawanan berdepan Kuwait yang berpihak kepada lawan mereka dengan keputusan masa penuh 2-1 dan Malaysia diuji pula dengan ketiadaan penjaga gol Sikh Izham Nazrel Sikh Azman yang dilayangkan kad merah pada babak pertama.

Sementara itu, berdasarkan prestasi di Qatar Malaysia hanya menjaringkan satu gol dengan dibolosi enam gol. Lebih perit, Malaysia tidak ketinggalan mencipta peluang untuk pihak lawan menyempurnakan penalti dalam setiap perlawanan kumpulan D.

Malaysia terus dijadualkan pulang ke tanah air pada Rabu.

Apakah faktor tiga perlawanan berturut-turut dalam masa tujuh hari menjadi sebab kegagalan ini atau dimana silapnya? Saksikan Nadi Arena jam 7:30 malam ini untuk laporan terperinci.