Gaji dan persepsi untuk FAM

Oleh Hasnizam Uzir 15 May 2020 288
Gaji dan persepsi untuk FAM
Berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang sedang menular di serata dunia ini bukan satu tugas yang mudah kepada persatuan dan kelab dalam saingan Liga Malaysia ini untuk mastikan kesetabilan kewangan mereka. Pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui oleh pengurusan persatuan dan kelab untuk melunaskan segala tanggujawab mereka sebagai majikan kepada kakitangan mereka. Inilah yang dihadapi dan dialami oleh orang-orang yang dipilih oleh ahli gabungan mereka dalam menguruskan persatuan dalam Liga Malaysia terutamanya. Bukan mudah untuk menjalankan amanah yang diberikan kerana tugas yang dipikul itu begitu besar tanggunjawabnya dan inilah akibatnya sekiranya sebuah persatuan itu menjadi tempat singahsana bagi orang-orang tertentu untuk mencari populariti dan kepentingan peribadi dalam mengejar impian mereka dalam politik terutamanya.

Ini sering diperkatakan peminat-peminat bola sepak tanah air sehinggakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, banyak kali bersuara tentang permasalahan ini. Penulis juga pernah menyokong apa yang dikatakan oleh Tunku Ismail melalui artikel pada bulan lalu bertajuk “Betul Cakap TMJ” di blog Stadium Astro. 

Kita lihat sahaja dalam masa satu dua minggu ini pelbagai cerita tentang kegagalan persatuan melunaskan tunggakkan gaji pemain sehingga ke pengetahuan Perseketuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Ini satu lagi tamparan yang hebat akan dihadapi oleh ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terutama Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA), begitu juga dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang dikhabarkan masih gagal untuk melunaskan gaji pemain. 

Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat dan tindakan dari FIFA untuk mengantung KAFA dari menyertai Liga Malaysia itu sudah pastilah akan terus memalitkan satu lagi cerita keburukan imej dan jenama bola sepak Malaysia. Sebelum ini Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) telah digantung FIFA atas kegagalan yang sama iaitu gagal dalam melunaskan gaji pemain. Ini tamparan hebat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebenarnya kerana persatuan yang terlibat ini merupakan ahli gabungan FAM dan juga merupakan pengundi kepada Ahli Jawatankuasa Eksetutif FAM. Apakah tindakan FAM dalam menagani isu ini sedangkan majikan yang menghadapi masalah ini adalah merupakan ahli-ahli gabungan mereka?

FAM perlu melakukan bedah siasat dalam kemelut ini, bukan sahaja memberi penerangan sebaliknya sentiasa memberi peringatan kepada ahli mereka supaya lebih bersikap professional dan bertanggugjawab dalam menjaga imej bola sepak negara dan nama Malaysia itu sendiri. Ingatlah kesan ini bukan sahaja pada pengantungan persatuan sahaja sebaliknya boleh membunuh masa depan bola sepak itu sendiri. Apabila banyak persatauan digantung dan mempunyai masalah dalam melunaskan gaji ia akan menghantui pemikiran ibu bapa untuk membenarkan anak-anak mereka berkecimpung dalam sukan bola sepak ini untuk dijadikan kerjaya. Inilah persepi yang perlu ditangani oleh FAM dalam mastikan imej bola sepak negara tidak akan tercalar agar ibu bapa dapat terus memberi sokongan kepada anak-anak mereka untuk menjadikan bola sepak ini sebagai kerjaya pada masa hadapan. Kepada pemimpin-pemimpin persatuan bola sepak yang ada di Malaysia ini “tepuk dada tanya selera” dimanakan kemajuan bola sepak yang ingin dibawa?.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen