Tugas wartawan di Hari Raya

Oleh Nur Amira Ibrahim 14 June 2018 881
Tugas wartawan di Hari Raya
Soalan yang sering ditanyakan kepada saya selaku wartawan apabila hari raya menjelang tiba, “Bila balik kampung?”

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana kerja seorang wartawan di hari raya? Tidak diberikan cuti? 

Ya, sememangnya kami harus bekerja di hari raya tetapi ikut giliran setiap tahun. Jika di bilik berita Nadi Arena, 9 wartawan penyiaran di Astro Arena akan cuti bergantung kepada giliran setiap tahun. 

Ingin saya kongsikan, apakah cabaran menjadi seorang wartawan apabila harus bekerja ketika raya? 

Mencabar kerana berita tetap harus dicari, tetapi semestinya tiada kejohanan atau latihan atlit dilakukan ketika hari raya. 

Jadi, pada hari raya pertama, kami perlu bijak untuk mencari tugasan seperti rumah terbuka atlit atau jurulatih dan sekiranya bernasib baik, mungkin ada atlit yang tidak pulang ke kampung kerana mempersiapkan diri untuk mana-mana kejohanan. 

Ketika itulah berita yang menarik akan terhasil walaupun pada hari raya. 

Jika ditanya perasaan tidak dapat balik beraya di kampung, sudah pastilah sedih. Tetapi, tugas harus diutamakan demi peminat sukan tanah air. 

Kami warga Nadi Arena tetap menikmati perayaan Aidilfitri ini bersama-sama di bilik berita dan suasana tetap dirasai walaupun sedang bekerja. 

Jangan lupa untuk terus setia menonton Nadi Arena kerana kami wartawan Nadi Arena tidak pernah penat untuk sajikan berita menarik untuk anda ! 

Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin!

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen