Supermokh 2019 berlangsung di AMD Gambang

Oleh Hasnizam Uzir 16 December 2019 516
Supermokh 2019 berlangsung di AMD Gambang
Sejak kejohanan Supermokh diperkenalkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) pada 2014, ia telah berjaya menarik perhatian peminat bola sepak negara untuk mengikuti perkembangan pelatih-pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD). 

Kejohanan jemputan antarabangsa peringkat umur ini merupakan medan terbaik untuk pelatih-pelatih AMD mempraktikan apa yang telah mereka pelajari  di AMD terutama dalam falsafah bola sepak yang diwujudkan NFDP. 

Melalui kejohanan ini sudah pasti akan meningkatkam keyakinan diri pelatih AMD ketika berhadapan dengan lawan dari negara luar kerana pelatih-pelatih AMD ini merupakan permata masa depan bola sepak negara. Sudah pastilah kejohanan kali ini masih menjadi perhatian peminat-peminat bola sepak negara walaupun ia berlangsung di AMD Gambang Pahang.

Masih menggekalkan tiga kategori peringkat umur (12,13,14) tetapi penyertaan dari pasukan agak berbeza dari edisi yang lalu kerana kali ini pihak penganjur hanya menjemput sembilan pasukan dari negara Asia. Ini sudah pasti akan memberi kelebihan kepada pengurusan AMD untuk mengeratkan hubungan dengan kuasa-kuasa bola sepak Asia pada masa hadapan terutama pada pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan kali ini.

Syabas dan tahniah kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan pengurusan NFDP yang berusaha untuk menjayakan kejohanan tahun ini. Kepada penduduk-penduduk sekitar Gambang dan Kuantan jangan lepaskan peluang untuk saksikan bakat-bakat muda negara ini beraksi dari 16-21 Disember 2019 dan sama memberi sokongan kepada kejohanan terbaik dianjurkan oleh MSN dan NFDP ini.

 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen