Rugi jika Liverpool tidak juarai UCL musim ini

Oleh Ammar Hakim 22 May 2018 13900
Rugi jika Liverpool tidak juarai UCL musim ini
Kiev sudah menantikan kehadiran Liverpool dan ia merupakan peluang terbaik mereka membawa pulang trofi saingan terbesar Eropah itu kembali ke bumi Anfield.

Kelab Inggeris paling berjaya dalam saingan Eropah itu akan kembali ke pentas final Liga Juara-Juara (UCL) pada Sabtu ini.

Perjalanan Liverpool ke final dilihat mudah, dengan hanya Manchester City satu-satunya pasukan mampu memberikan cabaran, sebaliknya buat lawan mereka, Real Madrid, yang perlu 
menyingkirkan juara Itali, Perancis dan Jerman dalam misi ke bergelar juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut.

Bagaimanapun, ia tidak meletakkan skuad kendalian Zinedine Zidane itu sebagai pilihan, sebaliknya Liverpool memiliki peluang untuk mengatasi mereka atas factor-faktor berikut:

1. Liverpool miliki skuad yang lebih efektif

Real mungkin dibarisi pemain tengah berkualiti tetapi pertahanan mereka musim ini hampir sama seperti Liverpool manakala jentera serangan kedua-dua pasukan amat digeruni lawan.

Real turut memiliki barisan pemain berkelas bintang tetapi sistem permainan mereka yang menjadi persoalan apabila gagal memberikan aksi konsisten dalam saingan domestik. Tidak seperti Liverpool yang memiliki kesebelasan utama yang seimbang.

2. Mane, Firmino dan Salah: 'MFS'

Trio serangan Liverpool amat berkesan dalam saingan domestik mahupun dalam UCL. Mereka bergelut mencari permainan cemerlang ketika bertahan tetapi kelibat MFS menyaksikan mereka mampu menamatkan saingan Liga Perdana Inngeris (EPL) di tempat keempat.

Roberto Firmino sentiasa cemerlang ketika diturunkan dan dilihat mampu menggugat pertahanan Los Blancos, ditambah dengan Mohamed Salah dan Sadio Mane. Trio ini dilihat 
mampu mengatasi barisan pertahanan terbaik dunia.

Secara keseluruhan, MFS telah menjaringkan 90 gol musim ini dan mereka kelihatan mampu mempertingkatkan lagi bilangan tersebut dalam aksi di Kiev nanti.

3. Pertahanan Real yang rapuh

Dalam saingan LaLiga, The Galaticos bolos 39 kali dan ia merupakan bilangan paling banyak buat pasukan dalam kelompok empat terbaik.

Bagi saingan UCL pula, Real telah dibolosi dalam setiap perlawanan -- ia menunjukkan terdapat kelemahan dalam sistem pertahanan mereka dan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, sudah pasti menemui jalan untuk mengatasi mereka.

4. Tiada tekanan buat Liverpool

Real berada dalam tekanan yang tinggi ketika ini untuk menjuarai gelaran UCL jika dibandingkan dengan Liverpool.

Skuad kendalian Zidane itu telah tampil dalam tiga aksi final dalam tempoh empat musim dan mengetahui apa yang perlu dihadapinya di sana manakala Liverpool tampil dalam aksi final buat kali pertama sejak 2007.

Pada permulaan musim ini, ramai yang menjangkakan Real mampu meraih tiga kejuaraan tetapi mereka hanya kini mempunyai UCL sebagai tiket penyelamat musim 2017-18.

Secara tidak langsung, Liverpool yang memiliki status 'underdog', bebas daripada tekanan dan mampu mempamerkan persembahan yang cemerlang.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen