Percikan emas  

Oleh Sharon Wee 28 April 2018 11343
Percikan emas  
Penerjun pertama Malaysia menggondol pingat emas di Kejohanan Terjun Siri Dunia menambah lagi koleksi kejayaan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong.
 
Sekadar pingat perak dan gangsa dalam acara 10 meter platform di siri pertama, China dan seterusnya di Jepun, Kanada menyaksikan kehebatan penerjun wanita negara.
 
Di media sosial, Pandelela meluahkan penghargaan kepada jurulatih dari China Zhang Yukun kerana sentiasa memberi sokongan moral, menggambarkan penerjun elit negara masih selesa dengan corak bimbingan jurulatih China.
 
Bukan mudah meneruskan prestasi terbaik sebaik sahaja menyelesaikan tanggung-jawab di Sukan Komanwel 2018 Gold Coast 2 minggu lalu dengan mencapai pingat emas bersama juara dunia 2017 Jun Hoong, serta kritikan selepas terlepas peluang menambah lagi pingat emas yang diperlukan Malaysia dalam acara individu di Surfers Paradise.
 
Besar kemungkinan majoriti para peminat tidak berpeluang mengetahui pergolakan mental, emosi dan fizikal atlet elit bagi meneruskan aksi terbaik secara konsisten kerana tidak pernah tercabar menghadapi situasi sebegitu.
 
Cakap senang.
 
Apapun, setiap percikan air itu mempengaruhi kejayaan seseorang penerjun.
 
Sememangnya percikan seperti yang dilakukan oleh Ahmad Amsyar Azman dalam acara 3 meter papan anjal lelaki di Gold Coast pasti menerima kritikan hebat peminat tetapi realitinya itulah antara cabaran yang perlu diterima oleh para atlet.
 
Namun di Montreal, 2 gadis Malaysia melolosi air dengan kemas mengalahkan pencabar terdekat dari Korea Utara dan China lalu mencipta sejarah membawa pulang pingat emas pertama dari Siri Dunia yang dianjur khas buat 8 penerjun terbaik dunia.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen