NFDP: Saad pilihan tepat

Oleh Hasnizam Uzir 27 November 2019 986
NFDP: Saad pilihan tepat
Ketika semua rakyat Malaysia sedang menumpukan perhatian kepada skuad Malaysia B-22 dalam Sukan SEA di Manila, Filipina, ketika ini, sebenarnya ada satu lagi berita penting yang telah dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Pemandu tentang perubahan struktur organisasi Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

Pelantikan Saad Ichalalene sebagai Pengarah Teknikal NFDP merupakan pilihan yang tepat. 

Dengan pengalaman yamg dimiliki oleh Saad yang pernah bersama salah satu akademi terbaik di dunia, ia mampu merubah cara bekerja dan berfikir jurulatih tempatan di peringkat akar umbi dengan ilmu-ilmu dibawanya.

Namun, ini bukan satu tugas yang mudah untuk Saad mengubah minda berfikir dan cara bekerja mengikut sistem yang akan diwujudkannya kerana ada segelintir jurulatih tempatan di bawah NFDP ini yang tidak senang dengan sistem bekerjanya. 

Bagi penulis, ini peluang terbaik jurulatih tempatan untuk menerima ilmu yang dibawa itu kerana Saad berkemahiran dalam mencorak latihan yang sesuai dengan budaya tempatan selain bijak dalam mengurus tadbir dokumentasi terutama dalam menyediakan kertas kerja dan juga bijak dalam berkomunikasi serta sentiasa berfikir dalam mencari jalan demi kemajuan bola sepak Malaysia khususnya.

Apa yang lebih penting bagi penulis ialah sokongan dan kerjasama dari semua pihak untuk membantu Saad dalam merealisasikan impian rakyat Malaysia melahirkan jurulatih dan pemain bertaraf dunia selain dapat merubah minda pencinta bola sepak Malaysia untuk lebih memahami apa itu pembangunan daripada keputusan, terutama di peringkat akar umbi.
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen