McCaw ‘wira’ All Blacks

Oleh Edleen Ismail 4 November 2015 163
McCaw ‘wira’ All Blacks
Di Malaysia, All Blacks juga menjadi pasukan sanjungan ramai peminat-peminat ragbi tempatan.
 
Apa yang pasti, kempen Piala Dunia kali ini tertumpu kepada kapten All Blacks, Richie McCaw yang dianggap berhak mendapat pengiktirafan sebagai pemain terbaik sepanjang zaman. Penghormatan itu diberikan jurulatih All Blacks, Steve Hansen, setelah tunjang kekuatan pasukannya itu mengepalai pasukan untuk menjulang trofi Webb Ellis buat kai kedua.
 
Cuma bezanya, di awal kempen Piala Dunia kali ini, McCaw pernah dicemuh peminat-peminat ekoran kad kuning yang diterimanya pada perlawanan pembukaan berdepan Argentina. Namun semua itu berubah apabila McCaw membuktikan kehebatannya, sekaligus mengukuhkan sentimen All Blacks adalah pasukan pilihan dan juga pasukan terbaik di dunia.
 
McCaw kini memegang rekod sebagai pemain paling banyak beraksi di pentas antarabangsa dalam sejarah New Zealand. Karisma McCaw di Piala Dunia kali ini juga menghangatkan khabar angin bahawa mungkin beliau akan menerima anugerah ‘knighthood’ yang membawa gelaran ‘Sir.’ Jika betul, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan setelah mengambil kira jasanya yang besar terhadap All Blacks.
 
Apa yang pasti nama Richie McCaw akan sentiasa terpahat di hati peminat-peminat tegar ragbi dunia dan persoalan kini ialah adakah ragbi Piala Dunia 2015 adalah pentas terakhir McCaw. Setakat ini keputusan belum lagi dibuat dan McCaw turut mengaku beliau enggan rekod istimewa ini berakhir dengan dia masih berasakan pautan kuat sebagai pemain All Blacks.
 
Saya pasti, mewakili ramai peminat All Blacks, kami enggan melihat McCaw bersara tetapi apapun kehadirannya mewarnai pasukan kegemaran ramai ini sudahpun memahat namanya sebagai antara legenda ragbi dunia selamanya.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen