Manja United

Oleh Shahrazad Sani 15 March 2018 10482
Manja United
Dalam mengambil kira persekitaran dalam kalangan penyokong Manchester United di Malaysia ketika ini, sudah elok kalau digelar Manja United.

Tidak semua, tapi makin ramai saya perhatikan.

Jika ada yang mempersoal, saya adalah penyokong tegar United.

Mengapa? Ini pandangan saya.

Sebelum itu , ada beberapa era dalam bagaimana terbit sokongan kepada pasukan bola sepak Inggeris secara lazimnya berdasarkan pemerhatian saya.

Liverpool lebih kepada golongan otai, lahir lewat 80/90an adalah penyokong Manchester United dan Arsenal.

Chelsea sejak 2005 dan Manchester City, ini buat yang baru tengok bola, minta maaf terus terang saya cakap.

Majoriti penyokong United masa ini terlalu dibuai dengan kegemilangan legasi ditinggalkan Sir Alex Ferguson

Benar, Legasi yang sehingga hari ini sukar untuk diteruskan Jose Mourinho.

Lupakah anda pada kesengsaraan United di bawah David Moyes yang memiliki limpahan pemain berstatus juara bertahan.

Atau corak permainan yang lebih bosan di bawah Louis Van Gaal?

Okay, pujian kepada Van Gaal setidak-tidaknya kerana mendapatkan khidmat Anthony Martial serta memberikan Marcus Rashford "debut" dia. 

Dua pemain berbakat yang mampu menjadi tonggak untuk tempoh jangka masa panjang.

Berbalik kepada Mourinho:

10 Mac 2018 United 2-1 Liverpool di Old Trafford " Jose Tactical Genius"

14 Mac 2018 United 1-2 Sevilla di Old Trafford " Jose Out"

Itu sentimen yang saya lihat di platform  media sosial susulan penyingkiran daripada Liga Juara-Juara Eropah.

Ada yang tidak senang dengan kenyataan Mourinho pasca perlawanan "Penyingkiran bukan perkara baru" Dan ini bukan penghujung dunia"

Bagi saya betul walaupun penyampian Mourinho bersifat egoistik.

United adalah kelab besar yang hilang haluan, tidak ada guna untuk bersedih sebalikya fokus kepada cabaran mendatang.

Kalau bukan kerana Mourinho kita tidak akan kembali merasa nikmat Liga Juara-Juara Eropah dengan memenangi Liga Europa musim lalu.

Kasihan kepada pasukan berstatus elit lain di England yang tidak memenangi sebarang kejuaraan musim lalu.

Ini yang saya katakan, penyokong United zaman sekarang manja!

Bawah Sir Alex dulu, lupa ke musim 05/06 tersingkir daripada peringkat kumpulan di kedudukan terakhir?

Atau bagaimana United tewas 1-6 kepada City di Old Trafford pada Oktober 2011.

Mac 2009 kepada Liverpool 1-4 juga di Old Trafford.

Penyokong lupa ada ketikanya, taktikal, perancangan Sir Alex tidak menjadi tetapi dia memiliki 27 tahun untuk bina empayar.

Empayar yang ditinggalkan begitu sahaja tanpa ruang besar untuk kelangsungan generasi akan datang.

Usah malukan diri sendiri, lihat kembali kepada sejarah, bersyukur dengan apa yang ada, mengkritik biar bertempat dan jangan manja sangat.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen