Mampu atau tidak Ajax ulangi kegemilangan 1995  

Oleh Ammar Hakim 27 April 2019 237
Mampu atau tidak Ajax ulangi kegemilangan 1995  
Sejak beberapa bulan lalu, skuad bimbingan Erik ten Hag menjadi perbualaan setiap kali pasukannya turun beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL).
 
Mengapa tidak? Ajax sedang menikmati perjalanan yang penuh menakjubkan dalam saingan Eropah itu.
 
Selepas menyingkirkan penyandang juara, Real Madrid, dalam pusingan 16, Februari lalu, kelab Belanda itu meneruskan aksi cemerlang dengan menamatkan perjalanan gergasi Serie A, Juventus, dalam suku akhir.
 
Ajax, yang dibarisi pemain muda dan berbakat, memiliki kebolehan untuk mengejutkan mana-mana pasukan gergasi Eropah.
 
Kali terakhir Ajax menjuarai UCL ialah pada 1995 ketika pemain-pemain antaranya Edwin van der Sar, Clarence Seedorf dan Patrick Kluivert antara yang terbaik Eropah.
 
Pemain-pemain ini dianggap sebagai contoh kepada generasi seterusnya dan diangkat sebagai wira pasukan Belanda itu.
 
Pasukan semasa Ajax mula menonjolkan kebolehan mereka dan potensi untuk menjadi masa depan kepada bola sepak Belanda.
 
Apabila melihat kepada persembahan Ajax sepanjang musim, kita dapat melihat pemain-pemain bersifat kompetitif dalam setiap bahagian.
 
Ajax tidak memiliki bintang, namun  berjaya mempamerkan aksi mantap sepasukan yang dibarisi pemain muda.
 
Jentera serangan mereka bebas bergerak dan mendominasi pertahanan lawan dengan serangan balas yang agresif. Pemain tengah mereka mempamerkan kemahiran teknikal yang tinggi untuk mengawal permainan.
 
Pertahanan pula diketuai oleh pemain berpengalaman, Daley Blind, Joel Veltman, Lisandro Magallan dan kapten pasukan, Matthijs de Ligt.
 
Mereka akan dipantau rapi ketika berdepan Tottenham Hotspur dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara kerana kerap bertindak dengan berkesan menerusi situasi bola mati.
 
Pemain-pemain seperti Dusan Tadic, Frenkie De Jong, David Neres dan Hakim Ziyech menyerlah kerana mempamerkan serangan yang bertali arus ke arah kubu pertahanan lawan.
 
Ten Hag dan barisan jurulatih telah menekankan perancangan bagi setiap perlawanan dan melakukan pertukaran yang penting bergantung kepada lawan yang diperlu dihadapi.
Salah satu faktor kejayaan pasukan ini adalah pemain-pemain beraksi dengan positif setiap kali di atas padang.
 
Kehadiran pemain-pemain muda seperti David Neres, Perr Schuurs dan Kasper Dolberg meningkatkan lagi intensiti pasukan.
 
Ajax tidak asing dengan menghasilkan bakat-bakat baru dan jika pasukan ini mampu meneruskan kejutan, mereka mampu mendominasi Eropah.
 
 
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen