Liverpool juara Eropah 2005 – satu sorotan (5)

Oleh Asmawi Bakiri 25 May 2018 498
Liverpool juara Eropah 2005 – satu sorotan (5)
JAM YANG KEDUA
 
OP Koir berwarna merah telah menjadi runut bunyi filem seram kami. Kami ternanti-nantikan gol keempat tapi tiba-tiba Milan bertindak balas. Kami kembali daripada segala kesukaran dan mula bermain bola sepak semula.
 
CH Anda dapat lihat keadaannya agak aneh buat pemain. Liverpool tidak mahu tewas selepas kembali daripada ketinggalan sambil Milan pula merenung keaiban jika mereka yang kalah. Ia menjadi sangat licik. Saya masih ingat Jamie Carragher dirawat kerana kekejangan tapi masih meneriakkan arahan kepada barisan pertahanannya dalam keadaan masih terbaring.
 
FM Orang terlupa yang Milan mendapat beberapa peluang dalam separuh masa kedua.  Kemudian Djibril Cisse meloloskan diri satu lawan satu – dan merembat tepat kepada penjaga gol. Dan Jerzy Dudek dua kali menyelamatkan keadaan daripada Shevchenko.
 
FC Saya sebenarnya menyangka Shevchenko telah menyumbat gol. Anda tahu bagaimana rasanya dalam final – adrenalin benar-benar meresahkan anda.
 
FD Shevchenko berpeluang membuat jaringan tapi Dudek adalah sempurna. Saya fikir Sheva dalah pemain yang paling terjejas dalam perlawanan itu; dia bukan lagi pemain yang sama selepas itu.
 
EC Apabila Dudek menyelamatkan peluang buat Shevchenko itu, saya berasa pasti kami akan tewas menerusi penalti. Albert Einstein sendiri harus berasa keliru bagaimana bola itu tidak masuk!
 
PENENTUAN SEPAKAN PENALTI
 
MP Saya menyorot semula ingatan kepada kemenangan melalui penalti  (dalam final menentang Juventus) pada 2003 dan saya tahu kami tidak akan menang. Untuk menjuarai dua Liga Juara-Juara menerusi penalti dalam tempoh tiga tahun, anda benar-benar perlukan tuah, dan kami tidak memilikinya dalam perlawanan itu. Kali ini kami menguasai selama 114 daripada 120 minit dan tidak menang. Sukar dipercayai.
 
FC Apabila ia diheret ke penentuan penalti, ia umpama kamu sudah pun kalah. Penyokong, pemain – anda boleh lihat daripada perilaku mereka bahawa perlawanan itu sudah berakhir. Kami sudah pun pasrah akan kalah sebelum sepakan penalti pertama diambil.
 
LL Hamann mengambil sepakan pertama itu dan hati saya telah pun luluh. Dia terlepas satu dalam final Piala Liga (menentang Birmingham pada 2001) dan saya tidak faham mengapa dia diberi peluang. Tapi dia menyempurnakannya dan kemudian Cisse juga melakukan yang sama. Ia satu permulaan impian.
 
RH Satu-satunya penalti yang saya tidak mahu lihat ialah yang diambil (John Arne) Riise yang dia terlepas dan Milan kembali berpeluang. Kaka menyumbat yang berikutnya, maka tekanan ialah kepada Smicer tapi dia melakukan tugasnya dengan baik.

FM Sesetengah orang tidak tergamak mengikuti apa yang sedang berlaku. Saya menoleh kepada penonton di sebelah saya dan berkata: “Anda tahu jika mereka terlepas, kita sudah menang?” Dia menjawab: “Apakah anda pasti?”
 
LL Tiba-tiba ia adalah Dudek berdepan Shevchenko. Dia adalah penyerang terbaik yang ada dan anda sanggup bertaruh dia akan menyempurnakannya tapi Dudek lebih bertuah. Selepas sepakan itu diselamatkanya, keadaan menjadi gila. Saya tidak pernah melihat sambutan kemenangan seperti itu.
 
JG Selepas sepakan terakhir itu diselamatkan, ia memerlukan lima saat untuk segala-galanya dirasai. Kami menang. Ia terlalu hebat untuk dipercayai. Apa yang menyusul bagaikan sukar dipercayai.
 
MR Petugas-petugas stadium sangat mesra. Mereka memakaikan saya lilitan di pergelangan tangan dan mengiringi saya ke satu bilik berlainan yang sarat dengan bekas pemain Liverpool: di situ ada  Michael Thomas dan John Aldridge. Tiba-tiba kami menang menerusi sepakan penalti dan saya berada di situ merayakannya di bilik hospitaliti Liverpool bersama semua bekas pemain ini.
 
RH Saya berpaling kepada Amir Khan dan berkata: “Anda tidak lihat ini di Stadium Reebok setiap minggu.”
 
(BERSAMBUNG)

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen