Junior vs Otai

Oleh 16 August 2017 1412
Junior vs Otai
14 Ogos 2017 - bermulanya kempen kontinjen negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, lima hari sebelum tirai temasya dibuka secara rasmi.

Seperti berdebarnya penyokong skuad bola sepak B-22 tahun negara ketika pasukan Brunei meledak gol penyamaan dalam aksi pertama menentang anak buah Datuk Ong Kim Swee, sebelum pemain Selangor, Adam Nor Azlin, memastikan kemenangan Malaysia di aksi pertama kumpulan, begitulah berdebarnya hati saya untuk mengharungi kempen Sukan SEA KL2017 bersama saluran Nadi KL17 yang akan mula bersiaran pada 19 Ogos nanti.

Di kala hati berdegup pantas memikirkan cabaran yang harus ditempuh, mata terarah kepada otai Sukan SEA di bilik berita yang duduk hanya selang dua meja dari saya.

Lukman Salleh.. Otai yang sudah membuat liputan dalam 10 temasya Sukan SEA sebelum ini tampak langsung tiada tekanan dan bersemangat, sedang 'bateri' tenaga saya mula hilang.

Beza sungguh seorang junior yang baru memasuki kempen Sukan SEA kedua membelah cabaran berbanding seorang otai yang masih membara.

Seperti berkobarnya semangat skuad bola jaring negara menundukkan Brunei dalam aksi kedua, begitulah saya akan mencantumkan kembali helaian semangat yang hilang dan menyerap semangat otai demi perjuangan barisan atlet negara yang memburu sasaran 111 pingat emas sekaligus memastikan gelaran juara menjadi milik Malaysia selepas kejayaan Sukan SEA 2001.

Buat anda peminat sukan tanah air, teruskan menyokong kontinjen negara bersama Astro Arena menerusi saluran 798 - 805HD setiap hari untuk liputan menyeluruh Sukan SEA 2017 

#ayuhmalaysiaku #kitasamahero

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen