Joe Hart kecewa teruk!

Oleh Burn Thevandran 22 May 2018 6396
Joe Hart kecewa teruk!
Artikel penulis yang terdahulu berkisarkan tentang skuad England Piala Dunia 2018, dimana pasukan kali ini  merupakan yang ketiga termuda berbanding pasukan lain yang bertanding.

Kali ini, penulis masih mahu bercerita tentang skuad The Three Lions, namun tumpuan lebih terarah kepada seorang pemain senior yang kecewa apabila namanya tidak tersenarai. Individu yang dimaksudkan adalah Joe Hart. Berusia 31 tahun, Hart mula beraksi di peringkat antarabangsa mewakili skuad remaja kebangsaan England pada 2005 hingga 2009.

Karier seniornya bermula pada 2008 apabila berjaya mendapat tempat selaku pilihan utama bagi posisi penjaga gol selepas kejatuhan prestasi Robert Green dan Paul Robinson. Berbekalkan 75 kaps secara keseluruhan, Hart menjadi pilihan utama skuad England untuk kejohanan besar antaranya Piala Dunia 2014, Eruo 2012 dan 2016.

Aksi Hart yang cemerlang selama beberapa tahun akhirnya berubah apabila Pep Guardiola mula membimbing Manchester City. Pep Guardiola ternyata tidak menggemari Hart apabila pada musim 2016/2017, dia dipinjam ke kelab Itali, Torino. Kesukaran beraksi di negara luar menyaksikannya kembali semula ke England dan menyertai West Ham United, juga secara pinjaman.

Biarpun beraksi cemerlang di peringkat kelab, namun kudratnya juga tidak diperlukan pengendali England, Gareth Southgate yang memilih tenaga yang lebih muda. Southgate memilih Jack Butland, Jordan Pickford dan Nick Pope.

Laporan media antarabangsa juga melaporkan bahawa Hart masih tidak boleh menerima namanya tidak terpilih namun beliau masih tetap positif dan berharap agar England mampu mencipta sejarah dalam edisi Piala Dunia 2018. Penulis secara peribadi berharap Gareth Southgate membuat pilihan tepat dengan memilih banyak tenaga muda selain mampu mencipta magis dengan senarai pemain yang dipilih.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen