Jenalti?

Oleh Muzaffar Musa 28 February 2019 12780
Jenalti?
Dua tiga menjak ini, tular di laman sosial bola sepak tempatan tentang “Jenalti”.

Antara komen netizen adalah:

"Ada Jenalti aku like."

"Aku seorang yang simple, aku nampak Jenalti aku like."

Paling "mengagumkan" setiap kiriman atau komen tentang Jenalti itu pasti akan mendapat tanda suka dan respons tertinggi.

Bahkan, cukup sekadar menaip perkataan tunggal "Jenalti" itu di ruangan komen, sudah mampu untuk membuatkan tulisan tersebut mendapat respons dan balasan tertinggi.

Jenalti itu rupa-rupanya gelaran terbaru buat Johor Darul Ta'zim (JDT) yang diberikan oleh netizen tanah air selepas pasukan itu dilihat kerap diberikan sepakan penalti musim ini.

Sepanjang empat perlawanan Liga Super musim ini, JDT sudah memperoleh empat sepakan penalti untuk menjadikan nisbah satu sepakan penalti dalam setiap perlawanan (1 perlawanan: 1 sepakan penalti).

Hanya perlawanan Piala Sumbangsih di antara JDT dan Perak pada 3 Februari lalu boleh dikategorikan sebagai "bebas penalti".

Daripada sembilan gol JDT musim ini, tiga daripadanya terhasil daripada sepakan penalti -- menjadikan 33.3 peratus daripada jaringan mereka musim ini terdiri daripada jaringan penalti.

Tiga daripada empat sepakan penalti tersebut diterjemahkan dalam bentuk jaringan untuk menjadikan peratusan kejayaan jaringan sepakan penalti JDT kepada 75 peratus.

Statistik di atas kini menjadi bahan jenaka dan sindiran netizen tanah air.

Mereka melabel JDT sebagai pasukan yang mendapat keistimewaan pengadil.

Keadaan itu mengakibatkan "perang" media sosial di antara penyokong JDT dan ‘pembenci’ mereka.

Buat penyokong JDT, anda tidak sepatutnya "koyak" dengan gurauan atau sindiran-sindiran seperti itu.

Anggaplah pasukan anda bertuah atau bernasib baik kerana memperoleh banyak sepakan musim penalti dalam fasa awal Liga Super musim ini.

Sedangkan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, juga tidak dapat lari daripada gelaran "Penaldo" kerana dikatakan kerap merebahkan badan untuk memperoleh sepakan penalti. 


Kredit foto: Johor Southern Tigers

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen