Harimau wanita sedia mengaum lebih kuat

Oleh Intan Nor Saina 30 March 2018 548
Harimau wanita sedia mengaum lebih kuat
Skuad hoki wanita negara pernah menjadi yang tercorot pada saingan Sukan Komanwel 2010 apabila mengakhiri saingan di tempat ke-10. Namun, mereka memperbaiki kedudukan pada edisi seterusnya dengan meletakkan pasukan di tempat ketujuh.

Baru-baru ini, Intan sempat menemubual dua orang pemain daripada mereka iaitu Norbaini Hashim dan Surizan Awang Noh yang menjadi tetamu dalam rancangan Forum. 

Apabila ditanya tentang persediaan ke temasya Komanwel tahun ini yang bertempat di Gold Coast, Australia, mereka dikatakan telah bersedia untuk beraksi dengan prestasi terbaik mereka.

Skuad hoki wanita negara diundi dalam kumpulan A bersama pasukan England, India, Afrika Selatan, Malaysia, dan Wales. Apa yang penting, kali ini skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menyasarkan  kedudukan lebih baik berbanding Sukan Komawel edisi 2014.

Bercakap tentang menghadapi tekanan lebih-lebih lagi cabaran sukan berpasukan berbeza dengan sukan individu, Norbaini dan Surizan berpendapat, rakan-rakan sepasukan perlu sentiasa telus, dan berani untuk meluahkan sebarang permasalahan dengan perbincangan terbuka, agar kesepakatan sentiasa diperolehi. Tambah mereka lagi, apabila bermain sukan berpasukan ini, hubungan antara sesama lain sangat penting.

Mereka difahamkan telah pun sampai di Gold Coast Australia lebih kurang seminggu sebelum beraksi.

Skuad hoki wanita negara dijadualkan turun dalam aksi pembukaan pada 6 April nanti menentang pasukan India. Hari berikutnya mereka bertemu pasukan Afrika Selatan, dan meneruskan lagi perjuangan pada 9 dan 11 April untuk memberi tentangan kepada England dan Wales.
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen