Hantaran Pogba membunuh

Oleh Hasnizam Uzir 14 January 2019 7921
Hantaran Pogba membunuh
Penguasaan permainan Tottenham Hotspur tidak menjamin kemenangan kepada anak-anak buah Mauricio Pochettino apabila berhadapan dengan Manchester United di laman mereka sendiri. 

Walaupun statistik penguasaan permainan Spurs sebanyak 61 peratus, namun anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer berjaya mengekang setiap percubaan Spurs, terutama melalui penjaga golnya, David De Gea.

Walaupun Dele Alli dan Harry Kane memberi tekanan kepada De Gea dengan 12 rembatan tepat ke gawang Manchester United, namun De Gea masih lagi mampu menyekatnya. 

Persembahan yang meyakinkan itu melonjakkan semangat pemain-pemain United untuk terus memberi saingan kepada Spurs.

Akhirnya, pada minit ke-44, melalui serangan balas Manchester United, Marcus Rashford berjaya melakukan jaringan tunggal perlawanan yang mendapat hantaran tepat daripada Paul Pogba yang banyak menimbulkan kontroversi bersama Jose Mourinho sebelum ini.

Pogba yang dinobatkan sebagai pemain terbaik bulan Disember Liga Perdana Inggeris terus memberikan aksi terbaiknya. 

Hantaran itu juga merupakan umpanannya yang ketujuh yang berjaya menghasilkan gol sepanjang 19 perlawanan bermain dalam saingan Liga Perdana.

Gandingan di antara Rashford dan Pogba ketika ini begitu serasi sekali dan sudah pasti ia menggembirakan Solskjaer dan peminat-peminat United. 

Kemenangan kelima berturut-turut United di bawah kendalian Solskjear itu sudah pasti melegakan peminat-peminat mereka.

Adakah gandingan Rashford dan Pogba itu akan terus memberi ancaman kepada lawan? Kita nantikannya dalam perlawanan seterusnya.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen