FMLLP semakin positif

Oleh 30 December 2017
FMLLP semakin positif

Saingan Liga Malaysia 2018 akan membuka tirainya pada 3 February 2018 dimana perlawanan pertama membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim dan Kedah untuk merebut Piala Sultan Hj. Ahmad Shah (Sumbangsih), Piala yang diperkenalkan dalam Liga Malaysia pada tahun 1985 ini akan menjadi pengukur dan persediaan pasukan-pasukan yang menjadi juara dalam saingan Liga Super dan Piala FA selain itu ia memberi penghormatan kepada kedua-dua pasukan juara ini.

Sudah pastilah saingan Liga Malaysia 2018 akan menjadi perhatian semua pihak terutama peminat-peminat untuk melihat sendiri bagaimana pasukan kesayangan mereka mampu memberi saingan antara satu sama lain dan pada itu juga peminat-peminat juga ingin melihat kecekapan pengendali liga bola sepak negara FMLLP dalam mengurus tadbir liga terutama dalam merancang jadual perlawanan.

Sekali lagi pengurusan FMLLP akan diuji dengan kecekapan dan dengan pengalaman dalam saingan liga tahun lalu banyak memberi pengalaman berguna kepada FMLLP dalam mengurus Liga Malaysia. Apa yang pasti setiap tahun FMLLP ada menunjukan peningkatan mereka. Banyak idea-idea baharu diberi dan terutama dalam menjana pendapatan kepada pasukan-pasukan bertanding melalui penaja dan terkini mewujudkan saingan Piala Cabaran kepada pasukan-pasukan yang tidak layak dalam saingan Piala Malaysia.

Ini menunjukan FMLLP tidak mementingkan keuntungan sahaja sebaliknya memikirkan kualiti liga selain bijak memikirkan masa bermain dalam perlawanan kompetetif untuk pemain-pemain. Untuk memastikan pemain mendapat masa bermain yang cukup bagi meningkatkan prestasi dan kematangan bermain. Suatu tindakan yang positif dilakukan oleh FLLMP dalam merencana dan mengangkat kembali liga dan bola sepak negara.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen