Fikir-fikirkanlah Tan Sri...

Oleh Fina Nasrom 14 June 2018 11792
Fikir-fikirkanlah Tan Sri...
Pada 14 Jun,  tamatlah tempoh pencalonan bagi merebut jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menyaksikan dua nama bakal bertanding bagi tempoh sebulan sahaja lagi, iaitu Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, dan bekas presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Ketika pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusuf Mahadi, awal-awal lagi sudah beri 'hint', laluan mudah untuk Hamidin menggalas cabaran baru, ia tidak seperti yang diharapkan apabila Annuar kekal dengan pendirian untuk bertanding.

Sebelum ini, ada satu lagi nama iaitu Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, turut dicalonkan, namun memilih untuk tarik diri beberapa hari sebelum tarikh pencalonan di tutup.

"Walaupun tarikh pencalonan berakhir hari ini, tetapi Tan Sri Annuar Musa masih boleh menarik diri sebelum 14 Julai depan, bagi memberi laluan kepada Datuk Hamidin", itu tegas Datuk Yusoff yang kekal mengharapkan pertandingan mudah di Kongres FAM nanti.

"Bukan bersikap diktator tetapi ini untuk keharmonian persatuan, dan pembaharuan yang akan dirasai apabila kali pertama presiden FAM bukan dalam kalangan kerabat Diraja", tambah Yusoff.

Penulis cuba mendapatkan reaksi Annuar, namun politikus veteran itu bersikap lebih tenang dan matang sebelum memberi lontaran kata.

"Kita tunggu sahaja selepas raya, buat masa ni persediaan raya lebih utama", itu tegas Tan Sri Annuar Musa.

Mungkinkah akan ada perubahan bakal diumum Annuar selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti atau beliau kekal dengan keputusan untuk bertanding di Kongres nanti? Sama-sama kita tungguuuuuu...

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen