Awalnya cari glamor wahai politikus…

Oleh Hafizal Hamad 4 January 2017 89
 Awalnya cari glamor wahai politikus…
Sedar atau tidak, saingan Liga Malaysia musim 2017 bakal membuka cerita baru tidak lama lagi.

Macam biasalah kan? Tak masalah la kalau tak Liga M.

Ada pasukan yang Alhamdulillah perancangan seperti biasa – tidak ada ribut dan kalut.

JDT macam biasa terus gah dan cemerlang sampai boleh tambah dana lagi hasil pengurusan yang efisien.

Begitu juga dengan Kedah walaupun kadang-kadang ada juga bunyi dalam bilik mesyuarat persatuan di Alor Setar.

Tidak ketinggalan Perak yang dilihat sudah membuat persiapan awal lagi.

Oh lupa Melaka United, PKNS dan Pahang yang membuat semua terbeliak biji mata.

Tapi ada juga pasukan yang terus kekalkan mahkota kejuaraan anugerah “kalut”.

Semua tahu la kut siapa punya angkara? Pemain? Penyokong tak mungkin. Pengurusan? Tak kan la semua.

Ada segelintir saja yang akan terus memberikan nanah dalam persatuan.

Nak glamor, nak raih undi… tapi dengar cerita PRU lambat lagi. Tapi guna bola sepak?

Hebat. YB memang hebat.

Tapi pernah tak YB-YB sekalian fikirkan kesannya kepada penyokong yang siang-malam kadang-kala dijanjikan bulan dan bintang bagai?

Ada juga YB dan politikus ini tak tahu apa-apa tentang bola sepak (bukan la kata saya pandai).

Bila dah dipalit dengan masalah gaji tak dibayar, pandai pula politikus ini buat drama sana-sini. Sudah la.

Bola sepak Malaysia dah banyak dan selalu saksikan aksi sarkas politikus ini.

Kepada penyokong pula, perlu ambil tahu atau dah malas ambil tahu?

Tapi hakikatnya, mereka kadang-kala rasa ditipu dek lakonan politikus yang cukup pandai mencipta skrip murahan untuk tatapan kita semua.

Jadi, besar harapan buat YB-YB yang amat disayangi sekalian… ikhlas dan perlu lebih tahu bagaimana nak mencipta satu cerita bola sepak yang lebih positif dan menarik pada masa depan.

Apa pun, nawaitu ya…

Nindia!

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen