Asyik, asyik, asyik… Asyik kena tipu saja

Oleh Hafizal Hamad 2 February 2017 239
Asyik, asyik, asyik… Asyik kena tipu saja

Tirai Liga Malaysia 2017 telah pun disingkap. Masih terlalu awal untuk kita meletakkan pasukan mana  yang berhak dilabel selaku pilihan.

Penulis melihat si pengendali juga masih tercari-cari pilihan terbaik bagi menempuh gelora dalam aksi liga.

Tapi senario itu mungkin dapat diatasi dari perlawanan ke perlawanan. Ada pasukan yang enjinnya lambat panas tapi cemerlang di penghujung liga. Tutup cerita tentang konsisten pasukan. 

Yang hendak penulis kongsikan adalah cerita tak menarik membabitkan satu pasukan Liga Super di utara tanah air dan satu pasukan Liga Perdana di Lembah Klang.

Dua pasukan ini seolah-olah tidak belajar daripada kesilapan lampau hinggakan cerita yang sama tetap berlaku pada imusim baru ini.

Siapa punya angkara?

Baik, kita mulakan cerita pasukan Liga Super di utara itu terlebih dahulu. Musim lalu berbelanja sakan sampai import cedera pun jadi pilihan.

Ejen memang suka dapat FA macam ni. Mudah sangat kena tipu. Sampaikan kena bayar pampasan jutaan ringgit.

Musim 2017 ni pun jadi lagi. Kali ini, salah seorang ahli pasukan kejurulatihan didapati tidak mempunyai lesen yang sah. Macam mana boleh lepas? Ada permainan di belakang ka? Macam mana hampa boleh ambil? 

Sebab kesudahannya sistem yang ada hubung kait dari FIFA ke AFC dan FAM akan memberikan jawapan layak ataupun tidak. Hampa tak periksa dulu ke? Susah sangat ke? Selesaikan ye.

Di Lembah Kelang lagi pelik. Jurulatih hanya ada diploma tapi boleh diambil oleh pasukan ni untuk jadi ketua jurulatih.

Periksa punya periksa, "Pak Long" ni ada diploma saja. Masa pi merisik dulu tak kan pi bincang harga saja. Pelik la hampa ni. Kesudahannya anak tempatan jugak yang sememangnya punya kewibawaan dilantik jadi jurulatih dan si "Pak Long" jadi pengurus pasukan.

Dengar cerita dua musim sebelum ni pun dah kena benda yang sama. Bulat bulat tau bukan empat segi ke atau tiga segi kena tipu. Ambil pengajaran ke ambil siksaan?

Kadang-kala penulis berfikir panjang tak kan la tak ada anak tempatan orang Malaysia yang berkelayakan untuk isi jawatan jawatan sokongan dan lain lain dalam mana-mana pasukan bola sepak.

Penulis berbangga dengan beberapa junior dan senior penulis di UITM yang kini diberi kepercayaan sebagai anggota sokongan dalam pasukan bola sepak tempatan dan kebangsaan.

Antaranya si Farid di JDT dan juga Marshidie yang bersama skuad bawah 22 tahun negara.

Masanya sudah tiba agar anak-anak tempatan juga diberikan peluang dan pendedahan secukupnya. Kalau dah diberi peluang tak boleh melaksanakan, sendiri mau ingat la kan.

Sekian wassalam. Pak Incik marah? Jangan marah nanti kena jual.

#fajangankenatipuselalu

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen