“You ingat kita cinta ke?” -- Datuk Lee Chong Wei

Oleh Dayang Zainatull 13 June 2019 96896
“You ingat kita cinta ke?” -- Datuk Lee Chong Wei
Hari ini, tanggal 13 Jun 2019, pemain bertaraf lagenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, telah mengumumkan persaraannya selaku pemain badminton profesional.

Ditemani Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Lee Chong Wei berterima kasih di atas sokongan yang diterima sepanjang 19 tahun bergelar pemain professional. 

Jika sebelum ini seluruh hidupnya didedikasikan kepada sukan badminton, kini beliau sendiri mengakui bahawa sudah tiba masanya untuk beliau memberikan tumpuan kepada isteri dan keluarga. Bayangkan selepas beberapa tahun berumah tangga, belum sekalipun Datuk LCW dan isterinya, Datin Wong Mew Choo, pergi berbulan madu di atas faktor ketiadaan masa yang sesuai. 

Selain itu, keakraban di antara Datuk LCW dan Datuk Seri Norza Zakaria dapat dilihat dalam sesi pengumuman apabila Datuk LCW beberapa kali menyebut nama presiden BAM itu. Biarpun Datuk Seri Norza Zakaria baru sahaja memegang jawatan di BAM, namun Dayang percaya hubungan mereka lebih dari sekadar presiden dan atlet.

Jika Datuk LCW mengorbankan segalanya untuk sukan badminton, Datuk Norza pula dilihat melakukan segalanya yang termampu bagi membantu Datuk LCW. Seperti yang dikatakan Datuk LCW dalam sidang media, sewaktu beliau tewas dalam pusingan pertama kejohanan utama dunia, Datuk Norza sentiasa ada di sisi beliau dan menjadi orang pertama yang berdepan dengan media dan rakyat Malaysia.

Dayang tidak mahu menceritakan pencapaian Datuk LCW kerana terlalu banyak kejayaan dan sumbangan beliau kepada negara, namun Dayang teringat satu perkara dimana tular satu surat di laman sosial, keakraban Datuk LCW dengan jaguh dari China, Lin Dan. Dan apa yang paling popular pada waktu itu sudah tentu komen Datuk LCW yang secara berseloroh mengatakan “You Ingat Kita Cinta Ke?” apabila ditanya pihak media. Tak apa lah Datuk LCW, lepas ni Datuk dah boleh luangkan masa untuk cinta hati Datuk, agak-agak nak kemana berbulan madu tu? ;)

19 tahun di arena sukan,

Korban semuanya untuk Negaraku,

Tiba masa untuk berehat sakan,

Datuk Lee Chong Wei boleh berbulan madu.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen