'Tiga bulan saya berkurung dalam bilik'

Oleh 5 January 2018 185
'Tiga bulan saya berkurung dalam bilik'
Isu doping makin mendapat liputan meluas pada tahun lalu. Ia termasuklah dengan kes yang melibatkan penerjun sensasi negara, Wendy Ng Yan Yee.

Umum mengetahui arena sukan terjun tidak pernah dipalit dengan sebarang kontroversi sebelum ini sehinggalah kes doping pertama berlaku membabitkan Yan Yee selaku pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Tiga bulan Yan Yee menyepi bagi memberi ruang kepada diri sendiri untuk bertenang, akhirnya dia bersetuju untuk ditemubual oleh wartawan Nadi Arena hari ini.

Kali pertama berjumpa selepas kali terakhir kami bertemu sewaktu Sukan SEA, terpancar keceriaan di raut wajahnya yang saya boleh gambarkan betapa dia cukup kuat melalui dugaan berat tahun 2017.

"Tiga bulan saya berkurung dalam bilik," itu antara perkongsian pertama diluahkan oleh Yan Yee tatkala ditanya bagaimana reaksinya selepas dimaklumkan positif doping.

Sepanjang mengenali Yan Yee, dia merupakan seorang gadis yang cukup ceria, periang dan peramah dengan semua para media sehinggalah dia mendiamkan diri lebih kurang tiga bulan.

Jika disebut soal doping, ramai yang menganggap ia adalah kes berat yang boleh menjejaskan perjalanan karier seseorang atlet dan begitulah yang dirasai oleh gadis berusia 25 tahun itu yang tidak dapat menerima kenyataan kenapa ia harus berlaku dalam KL2017 tatkala dia sudah mencapai impiannya untuk meraih pingat emas di laman sendiri.



Selesai melakukan proses pendengaran November lalu, Yan Yee kini hanya menunggu keputusan daripada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) berhubung tempoh hukumannya.

Apa jua keputusan yang diterima, penulis yakin Yan Yee mampu bangkit untuk terus mengharumkan nama negara pada tahun ini kerana itulah janjinya kepada diri sendiri untuk tidak lagi toleh ke belakang dan ingin mulakan hidup baru.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen