Malaysia vs Brazil 

Oleh Bazly Azmi 16 April 2019 3695
Malaysia vs Brazil 
Meremang bulu roma bila skuad hoki Brazil melaungkan kata-kata semangat mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Brazilllllll".

Penuh semangat seperti babak dalam filem Fast & Furious.

"Kami tewas tipis, 2-3 kepada Malaysia pada aksi persahabatan di Belanda pada 2015. Ketika itu, beberapa pemain utama kami tidak beraksi.

"Kali ini, mereka datang ke Kuala Lumpur dari seluruh pelusuk dunia. Saya yakin kami akan beri cabaran hebat kepada semua pasukan," kata jurulatih Brazil, Claudio Rocha.

Benar, lima pemain Brazil beraksi di negara berbeza.

Ada yang menimba ilmu di Sepanyol, Belanda (dua), Great Britain dan Australia - mereka akan bergabung dengan 13 rakan sepasukan yang tiba 10 hari awal di Malaysia.

Ranking ke-27 dunia ini akan mengadakan empat aksi persahabatan iaitu menentang Uitm-Maybank, skuad remaja negara, Belarus dan Kanada sebelum buka kempen Kumpulan B berdepan Malaysia pada 26 April.

Tetapi, saya yakin Malaysia mampu menewaskan Brazil.

Malaysia pada 2015 juga berbeza dengan Malaysia 2019. Taktikal berbeza, jurulatih berbeza, pemain berbeza dan corak pukulan sudut penalti berbeza.

Tuan rumah bukan saja akan menewaskan Brazil tetapi akan menjuarai Hoki Siri Final sekaligus memperbaiki ranking dunia untuk dapat lawan lebih mudah pada kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selamat datang Brazil, this is Malaysia!

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen