Kebal Hanya di Nou Camp

Oleh Dayang Zainatull 8 May 2019 12081
Kebal Hanya di Nou Camp
Tidak keterlaluan andai Dayang mengatakan, pasukan The Catalan sejak dua tiga musim ini di dalam Liga Juara Juara Eropah, hanya kebal di laman sendiri.

Dari musim 2016/2017 dimana The Catalan bertemu Paris Saint Germain di peringkat 16 terbaik, mereka tumbang 4- 0 di laman lawan sebelum kembali bangkit dengan kemenangan 6-1 di laman sendiri yang melayakkan mereka ke peringkat seterusnya. Berdepan Juventus di suku akhir, mereka tidak tewas di laman sendiri, tetapi tumbang 3- 0 di Itali yang menyaksikan mereka terkeluar dari saingan UCL.

Musim lalu pula, berdepan wakil Liga Perdana Inggeris, Chelsea di pusingan 16, Barcelona sekadar seri di laman lawan, dan seperti biasa di laman sendiri, mereka meraih kemenangan 3- 0. Biarpun berjaya menang 4-1 di Nou Camp berdepan AS Roma di suku akhir, namun mereka tumbang 3- 0 di Stadium Olimpico untuk Roma mara dengan kelebihan gol di tempat lawan.

Musim ini, skripnya hampir sama. Tidak mencatat kemenangan dalam pertemuan pertama pusingan 16. Berdepan Lyon di laman lawan, perlawanan berkahir dengan keputusan seri tanpa jaringan, akan tetapi timbal balik di Nou Camp, Lyon tumbang 5-1 untuk Barcelona mara ke peringkat seterusnya. Di separuh akhir pertama, aksi di Nou Camp menyaksikan Barcelona menang selesa 3- 0  dan disaat banyak pihak percaya mereka selangkah ke pentas final, Liverpool membuktikan bahawa Barcelona hanyalah kebal di Nou Camp dan bukan di Anfield. 

Dibelasah 4- 0 bukan sahaja faktor kecemerlangan pemain pasukan Liverpool, tetapi kegagalan pemain-pemain Barcelona yang beraksi umpama pemain belia turut menjadi punca mereka sekali lagi tersingkir dari Liga Juara Juara Eropah hasil kekalahan di laman lawan.

Liverpool pula berpeluang cerah untuk menebus kekalahan di final musim lalu kepada Real Madrid. The Reds bakal bertemu Ajax ataupun Tottenham Hotspur yang akan membuat perhitungan malam ini. Diharapkan tonggak utama mereka, Mohamad Salah mampu bermain sepenuh masa, kerana tiada Sergio Ramos dalam pentas final kali ini.
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen