Kasihan Martial, Payet dan Lacazette

Oleh Dayang Zainatull 18 May 2018 7443
Kasihan Martial, Payet dan Lacazette
Didier Deschamps akhirnya mengumumkan senarai pemain pilihannya untuk Piala Dunia Rusia 2018 dengan mengenepikan beberapa nama besar dalam liga bola sepak Eropah.

Sewaktu melihat senarai pemain yang dinamakan untuk membarisi Les Bleus, Dayang terkejut apabila bintang Manchester United, Anthony Martial, tiada dalam senarai pemain, begitu juga dengan Alexandre Lacazette dan Dimitri Payet. 

Buat Dimitri Payet, kecederaan yang dialami sewaktu final Liga Europa memadamkan harapannya untuk bersama skuad Perancis. 

Keraguan akan kecergasan Payet menyaksikan nama beliau akhirnya disingkirkan dari senarai 23 pemain. Keputusan itu ternyata sukar dibuat Didier Deschamps memandangkan Payet memang berada dalam rancangan utamanya.

Skrip serupa buat Alexandre Lacazette yang bermain buat pasukan Arsenal. Bekas penyerang Lyon itu diketepikan untuk memberi laluan kepada Antoine Griezmann,  Ousmane Dembele, Nabil Fekri, Olivier Giroud, Thomas Lemar, Kylian Mbappe dan Florian Thauvin.

Namun, paling mencuri tumpuan, ketiadaan pemain sayap, Anthony Martial, dalam skuad Perancis sedikit menghampakan Dayang memandangkan Martial kerap mempamerkan prestasi menakjubkan setiap kali diturunkan. Perkembangan ini juga tentu mengejutkan peminat Manchester United yang mahu menyaksikan aksi Martial di Russia nanti.

Dikhabarkan, tidak terpilihnya mereka adalah kerana kurang tersenarai dalam kesebelasan utama di peringkat kelab selain meningkatnya aksi dari pemain penyerang lain. Bagaimanapun, kedua-dua mereka tetap tersenarai selaku pemain simpanan andainya pemain dalam senarai 23 mengalami kecederaan.

Didier Deschamps masih mengekalkan beberapa muka lama sewaktu Kejohanan Euro 2016 lalu antaranya Hugo Lloris, Raphael Varane, Adil Rami,  Ngolo Kante, Paul Pogba dan Blaise Matuidi.

Perancis diundi sekumpulan dengan Australia, Peru dan Denmark dalam Kumpulan C dan dijangka berdepan laluan mudah untuk muncul juara kumpulan.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen