Rizal pikul tanggungjawab besar di Jakarta

Oleh Penulis Jemputan 5 Oktober 2018 7
Rizal pikul tanggungjawab besar di Jakarta
Pemain boling tenpin para negara, Rizal Hassan, mengakui memikul tanggungjawab besar setelah diletakkan sebagai sandaran utama untuk menjelmakan kilauan emas dalam Sukan Para Asia Jakarta 2018.

Rizal akan membuat penampilan sulung di pentas Sukan Para Asia selepas menyertai skuad boling tenpin para negara pada 2015.

Walaupun muncul antara muka baru dalam pasukan ini, pemain kelahiran Selangor berusia 38 tahun itu tetap dijadikan sebagai prospek emas negara berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur tahun lalu menerusi kejayaan meraih tiga emas dan satu perak.

"Ia merupakan satu tanggungjawab yang besar buat saya beraksi di Jakarta. Saya akan berusaha bagi memastikan pingat emas berjaya diraih," katanya.

Rizal turut berpeluang menyumbang emas pertama negara jika beberapa prospek awal gagal dalam misi masing-masing.

Dia akan turun beraksi Isnin ini dalam acara TPB3 (masalah penglihatan).

"Kami cuma memberikan tumpuan ketika beraksi dan mengelak daripada melakukan kesilapan," ujarnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen