Manchester City dan Dwight School Hanoi membuka Sekolah Bola Sepak Manchester City yang pertama di Vietnam yang akan menekankan pendidikan bola sepak di pangkalan yang baru dibina.

Dwight School Hanoi merupakan rangkaian global Dwight Schools dan bersedia untuk membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.

Dwight School Hanoi yang mendapat sentuhan arkitek, Carlos Zapata, akan mula beroperasi pada Ogos 2024 bagi tujuan memperkenalkan pelajar kepada gaya permainan tersendiri dan falsafah kejurulatihan Manchester City atas pencapaian mereka daripada kancah domestik hingga antarabangsa.

Selain akademik, mereka juga ditawarkan program selepas sekolah, perlawanan hujung minggu dan pasukan kompetitif di sekolah.