Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki berdasarkan senarai penerimaan.

Juara bertahan, H. S. Prannoy tidak berada dalam senarai namun pemain di ranking pertama dunia, Viktor Axelsen sudah pasti bakal menerima tentang hebat daripada juara Terbuka Malaysia, Anders Antonsen pada awal Januari lalu.

Selain itu, banyak lagi nama-nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia yang bakal bertarung dalam kejohanan kategori Super 500 ini iaitu Anthony Ginting, Jonatan Christie, Li Shi Feng, Kunlavut Vitidsarn dan Loh Kean Yew.





Untuk rekod, hanya dua wakil negara berjaya mara ke pentas final tahun lalu, Pearly Tan-M. Thinaah kecundang kepada Baek Ha Na-Lee So Hee dalam pertarungan tiga set, manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun akur kepada beregu Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae.

Kejohanan Badminton Masters Malaysia bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 hingga 26 Mei depan.

Tiket telahpun mula dijual sejak 8 April lalu bagi pembelian awal dengan harga istimewa yang akan tamat pada hari ini dengan serendah RM12, dan akan kembali kepada harga biasa bermula RM20.