MAN UTD 4 SHEFFIELD 2

Bruno Fernandes berkata pemain Manchester United tidak seharusnya ambil hati dengan kritikan luar selepas dia dua golnya menjulang kmenangan The Red Devils ke atas Sheffield United.


Pasukan kendalian Erik ten Hag itu dikritik hebat berhubung prestasi mereka dalam separuh akhir Piala FA Inggeris menentang Coventry City, Isnin lalu apabila mereka menyerah kelebihan 3-0 untuk seri 3-3 sebelum lolosi menerusi penentuan sepakan penalti.

Mereka juga telah mengharungi empat perlawanan EPL tanpa kemenangan (tiga seri, satu kekalahan) sebelum pertemuan dengan The Blades, awal pagi tadi, dalam menghidupkan talian hayat kelayakan ke Liga Juara-Juara (UCL).

Mereka ketinggalan dua kali ketika Sheffield United garang melancarkan serangan tetapi gol berganda berganda dan bantuan jaringan Fernandes memacu kemenangan 4-2 tuan rumah.

Ditanya sama ada kritikan kemenangan separuh akhir lalu telah menjejaskan mood di Old Trafford, Fernandes memberitahu Sky Sports: "Itu sebahagian daripada tugas kami.



“Anda boleh berada dalam mencatat lapan atau sembilan kemenangan berturut-turut dan sebaik anda kalah sekali, anda tahu bahawa anda akan dikritik.

"Berada di Manchester United menuntut kemenangan dalam setiap perlawanan, jadi ia adalah sebahagian daripada tugasan kami. Jika ada sesiapa di bilik persalinan yang masih tidak biasa dengan itu, lambat-laun mereka akan lali dengannya!

"Menjadi pemain Manchester United menuntut kami agar bersedia untuk menerima kritikan sebagaimana pujian. Kami menerima pujian apabila melakukan perkara yang baik supaya kami tidak boleh terganggu dengan kritikan itu.

"Apabila peminat mahu berbuat demikian, mereka mungkin ada satu perkara. Kita boleh berfikir dengan cara yang berbeza tetapi kita perlu menerima kritikan sepertimana pujian."