MONACO 1 LILLE 0

Paris Saint-Germain (PSG) perlu menangguhkan hasrat untuk menjamin kejuaraan Ligue 1 lebih awal selepas pencabar terdekat, Monaco, mengatasi Lille 1-0 awal pagi tadi.


Pasukan bimbingan Luis Enrique itu mengetepikan Lorient 4-1 selepas jaringan berganda sumbangan Ousmane Dembele dan Kylian Mbappe untuk memberi meningkatkan tekanan kepada Monaco.

Namun, gol liga ketiga Youssouf Fofana musim ini memastikan kemenangan 1-0 skuad kendalian Adi Hutter itu, sekali gus menangguhkan kejayaan PSG.



PSG yang akan berentap dengan Borussia Dortmund dalam separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) pada bulan depan sedang mendahului saingan domestik menerusi 11 mata dan hanya kalah sekali tatkala kempen liga menuju empat perlawanan terakhir.