EVERTON 2 LIVERPOOL 0

Virgil van Dijk mengakui Liverpool mungkin terkeluar daripada perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mereka mengalami kekalahan mengejut 0-2 kepada Everton dalam perlawanan 'derby' Merseyside, awal pagi tadi.


Penyudah Jarrad Branthwaite dan Dominic Calvert-Lewin dalam setiap babak memberikan The Toffees kemenangan pertama mereka ke atas Liverpool di Goodison Park sejak 2010.

Liverpool bergelut untuk merobohkan kekentalan benteng pertahanan The Toffees walaupun mendominasi untuk tempoh yang lama, dan kapten The Reds itu berkata mereka tidak akan mampu mengatasi Arsenal dan Manchester City sekiranya tanpa prestasi semasa tidak diubah.

Bercakap kepada Sky Sports, Van Dijk berkata: "Jika kami bermain seperti hari ini, maka kami tidak mempunyai peluang untuk menganggap diri kami dalam perebutan kejuaraan.





“Kami hanya perlu fokus pada perlawanan seterusnya dan itu akan menjadi perlawanan yang sukar, jadi kita akan lihat.

"Kami sangat kecewa dalam banyak aspek. Saya fikir semua orang perlu melihat prestasi sendiri. Adakah mereka benar-benar memberikan segala-galanya dan adakah mereka benar-benar mahu memenangi liga?

“Kami masih berjuang dan masih ada perlawanan selepas malam ini tetapi jika kami bermain sebagaimana prestasi pada hari ini, iaitu tidak memenangi ketika merebut bola dan memberi peluang kepada pengadil untuk memberikan sepakan percuma seperti yang dilakukannya berkali-kali, maka kami tiada sekelumit pun peluang untuk memenangi kejuaraan."