Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya memperkenalkan jersi bagi menghadapi musim 2024-2025 menerusi video yang cukup mengagumkan!

Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu bakal membuka saingan menerusi perlawanan Piala Sumbangsih berdepan Selangor Mei ini sebagai aksi pembukaan Liga Malaysia musim 2024-25.

Bagi mengharungi cabaran musim baharu, JDT memperkenalkan 'perisai' baharu mereka, memperagakan jersi yang berasaskan warna Johor, merah biru dalam video yang dimuat naik menerusi laman X sebentar tadi.