Demi menyajikan perkhidmatan siaran terbaik, Astro Arena mengekalkan saluran berdefinisi tinggi (HD) 802 khas kepada peminat-peminat sukan tanah air, bermula hari ini.

Sepanjang enam tahun bersiaran sejak 26 Mac 2010, pelbagai kejayaan dan sejarah telah ditempa oleh Astro Arena dengan membawakan liputan menyeluruh dalam kejohanan-kejohanan tempatan, serantau dan antarabangsa dan terbaru, temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Rio 2016, yang turut disiarkan dalam HD.
 
Liputan langsung selama 15 jam sehari sepanjang Sukan Olimpik Rio 2016 adalah kejayaan terbesar direkodkan Astro Arena apabila berjaya mencatatkan jumlah tontonan tertinggi, iaitu seramai 6.5 juta penonton ketika perlawanan badminton separuh akhir perseorangan lelaki negara dan perlawanan akhir beregu lelaki negara. 

Rentetan daripada kejayaan ini, Astro dengan bangganya melancarkan secara terus Astro Arena HD di saluran 802.

Terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada Astro Arena selama ini dan diharapkan ia akan terus berkekalan.