Untuk rekod, Malaysia tewas kepada Thailand 1-2 dalam SiriSuper ISTAF MYANMAR 2014/2015 - pusingan pertama SiriSuper ISTAF di Nay Pyi Taw November lalu.  

Sementara itu Juara bertahan Thailand dundi bersama Korea, Jepun dan Myanmar. Skuad Thai diramal akan meneruskan cengkaman mereka dalam siri ini.

Dalam undian wanita pula, Vietnam mengetuai Kumpulan A diikuti Malaysia dan Korea, manakala pasukan tidak tertewas Thailand ditempatkan dalam Kumpulan B bersama Myanmar dan Jepun.

Proses undian kejohanan ini dimuktamadkan minggu lalu dibawah pengawasan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa, dengan wakil-wakil daripada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Asia Sports Ventures (ASV).

Dalam sidang media pengumuman SiriSuper ISTAF Malaysia 2014/2015 yang dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Idris Haron, Ketua Setiausaha ISTAF Dato’ Abdul Halim Kader berkata:    

"Pementasan SiriSuper ISTAF Malaysia 2014/2015 di Melaka hanya memberi ganjaran untuk pembangunan sepak takraw di negara ini. Kejohanan berturut-turut sepak takraw telah meletakkan Malaysia dalam perhatian dalam arena sepak takraw, dan saya yakin Melaka akan menyediakan pentas terbaik untuk peminat dan para pecinta sepak takraw."

LELAKI

KUMPULAN A: Thailand, Jepun, Korea, Myanmar

KUMPULAN B: Malaysia, Singapura, China, Indonesia

WANITA

KUMPULAN A: Vietnam, Korea, Malaysia

KUMPULAN B: Thailand, Jepun, Myanmar