Gandingan Chaoming-Ing Hock raih emas beregu ping pong lelaki

Oleh Penulis Jemputan 10 Oktober 2018 258
Gandingan Chaoming-Ing Hock raih emas beregu ping pong lelaki
Skuad ping pong para negara merangkul emas buat julung kalinya di pentas Sukan Para Asia Jakarta apabila beregu negara, Chee Chaoming dan Ting Ing Hock, mengungguli acara TT8-9, hari ini.

Chaoming dan Ing Hock, yang hadir ke temasya ini selaku beregu nombor satu para negara, terdahulu menewaskan beregu tuan rumah dalam aksi separuh akhir dengan keputusan 2-1.

Dalam aksi final, mereka berdepan Rian Prahasta dan Kusnanto Kusnanto, dengan gandingan negara itu mempamer aksi meyakinkan dalam set pertama apabila menang 11-7.

Mereka, bagaimanapun, diberi tentangan sengit dalam set kedua sebelum tewas kepada lawan 8-11.

Mujur, Chaoming dan Ing Hock tenang untuk bangkit dalam set ketiga untuk melakar kemenangan 11-6, sekali gus mengesahkan emas buat kontinjen negara.

"Bukan senang berdepan pemain tuan rumah tetapi kami mengawal tekanan dan memenangi perlawanan ini," kata Ing Hock.

"Kami telah bekerja keras dalam sesi latihan kerana ini merupakan peluang terbaik kami mencipta kejayaan," kata Chaoming.




Sementara itu, satu lagi wakil negara, Azwar Bakar dan Ahmad Syahir, gagal dalam perebutan pingat gangsa setelah tewas kepada beregu Thailand 3-11, 7-11.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen