Pasukan pengambilan pemain Liverpool lebih gembar menandatangani bintang Liga Perdana Inggeris yang berbeza berbanding Darwin Nunez dua tahun lalu, menurut satu laporan.

Nunez menyertai Liverpool dari Benfica pada musim panas 2022 dalam perjanjian bernilai GBP85 juta, namun bergelut untuk memenuhi jangkaan sejak tiba di Anfield.

Pemain skuad kebangsaan Uruguay itu telah menjaringkan 33 kali dalam 92 penampilan dalam karier The Reds setakat ini, tetapi telah dikritik ekoran sentuhan penyudahnya sejak kebelakangan ini, dengan kegagalan melunas peluang terhidang ketika pasukannya tewas 2-0 kepada Everton.

Dia terlepas peluang terbuka apabila merembat tepat ke arah Jordan Pickford dengan kedudukan 1-0 memihak Everton.

Menurut The Times, pasukan pengambilan pemain Liverpool tidak berminat untuk mendapatkan Nunez apabila dia menyertai kelab itu, tetapi Jurgen Klopp berjaya memujuk kelab itu untuk berpindah untuk mendapatkan khidmatnya dan bukannya Christopher Nkunku dari Chelsea.

Nkunku menyertai Chelsea dengan harga GBP53 juta pada musim panas, dan terdapat harapan yang tinggi sebelum dia mengalami kecederaan serius pada pra-musim.

Ia menyebabkan dia tidak bermain selama kira-kira tiga bulan, namun dia terus dibelenggu masa kecederaan pinggul dan hamstring sejak itu dan mungkin terlepas baki musim ini bersama The Blues.

Sebelum ini, Nkunku merupakan penyerang brbisa yang menerangi Bundesliga bersama RB Leipzig dan dalam radar kebanyakan pasukan terkemuka Eropah.

Ia termasuk Liverpool, dengan pasukan pengambilan pemain mengenal pasti dia sebagai pengganti jangka panjang Roberto Firmino setahun untuk penghijrahan pemain Brazil itu.

Dia menjaringkan 70 gol dalam 172 penampilan untuk Leipzig sebelum berpindah ke Chelsea pada musim panas lalu.