Seperti yang sedia maklum,beberapa legenda Manchester United dan Liverpool beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 April 2024 ini.

Kami di Stadium Astro sempat menemu bual salah seorang daripada legenda Liverpool iaitu Luis Garcia dan dia menghargai semua sokongan yang diberikan kepada dia dan semua rakannya.

Luis Garcia menjanjikan satu perlawanan terbaik bakal disajikan oleh kedua-dua pasukan nanti.

"Diharapkan perlawanan yang terbaik nanti, saya fikir kami bermain beberapa kali dengan Manchester Reds dan mereka adalah satu pasukan yang terbaik.

"Mereka selalu menampilkan perlawanan yang berkualiti dan pastinya kami seronok untuk lalui perlawanan itu.

'Saya yakin fanatik yang datang akan melalui satu perasaan yang teruja dan gembira.

Luis Garcia juga mengharapkan untuk semua fanatik kekal menyokong mereka selalu dan selama yang boleh.

"Semua yang hadir akan dapat sesuatu pengalaman yang terbaik dan peroleh pengalaman yang berguna terutamanya kenangan masa lalu yang kami akan bawakan untuk anda semua seronok terhadapnya. katanya lagi.

"Bagi semua peminat saya syukur sebab mereka semua mengalu-alukan kehadiran kami dan selalu berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan saya nak maklumkan kami semua tahu akan sokongan itu.

"Banyak dari kami telah hadir ke sini sebelum ini, Sabtu ini kami akan berikan yang terbaik.