Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, melihat pelaksanaan sistem 'Challenge' akan memberikan keputusan yang adil bagi semua pemain dan pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia Sepak takraw 2024 di Stadium Titiwangsa dari 18 hingga 26 Mei ini.

Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama China dan Brunei bagi acara regu dan dalam Kumpulan C bersama Jepun dan Brunei bagi acara berkumpulan dalam kejohanan itu.

Bercakap mengenai sistem 'Challenge' yang akan digunakan, Ahmad Jais berkata kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari: "Bukan hanya untuk pasukan Malaysia sahaja, kita harapkan untuk semua pasukan.

"Kerana ini merupakan kejohanan tertinggi, jadi ia perlu untuk mendapatkan standard yang lebih tinggi supaya semua pasukan akan berpuas hati dengan sistem Challenge yang akan digunakan dalam Piala Dunia nanti."