Jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Tey Seu Bock, menganggap skuad Piala Thomas negara perlu memanfaatkan setiap mata dalam acara beregu kerana menyedari sektor tersebut memiliki kekuatan yang lebih jitu berbanding sektor perseorangan.

Dengan kemasukan Choong Hon Jian yang diberikan keeprcayaan bagi menggantikan tempat kosong yang ditinggalkan Ng Tze Yong dalam kejohanan ini, dia tiada pilihan selain mengharapkan Leong Jun Hao untuk menggalas cabaran sebagai pemain perseorangan kedua nanti.

Dengan debaran saingan Piala Thomas yang akan membuka tirai pada Sabtu ini, maka tiada alasan boleh di berikan barisan pemain selain menunjukkan mereka benar-benar layak berada di pentas berprestij itu.

"Sektor beregu agak kuat dalam mengutip mata tetapi saya tidak berasakan kita berharap sepenuhnya kepada pemain beregu sahaja kerana kita bermain dalam satu pasukan.

"Sebagai sebuah pasukan setiap mata sangat penting dan pemain perseorangan seperti Lee Zii Jia, Choong Hon Jian dan Leong Jun Hao berpeluang menyumbangkan mata" katanya.