Bonnie pecah rekod remaja dunia

Oleh Penulis Jemputan 9 Oktober 2018 210
Bonnie pecah rekod remaja dunia
Atlet angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin, memecahkan rekod remaja dunia dan remaja Asia dalam kategori 65 kilogram sebanyak tiga kali dalam Sukan Para Asia Jakarta, hari ini. 

Dengan angkatan 204kg, Bonnie berpuas hati dengan pingat perak, hanya kurang satu kilogram dengan pemenang pingat emas dari China, Liu Lei.

Balai Sudriman menjadi medan Bonnie menepati ramalan dalam misi meraih pingat dalam acara angkat berat serta meluahkan kegembiraannya di atas kejayaan yang diraih di Jakarta.

"Saya amat gembira dengan persembahan ini dan hampir berjaya meraih pingat emas tetapi dibezakan dengan satu kilogram. Saya berasa kecewa kerana gagal meraih emas tetapi saya tetap berpuas hati dengan pencapaian ini," katanya.

Angkatan cemerlang dipamerkan Bonnie itu sekali gus meletakkan dirinya sebagai pemegang rekod baru remaja dunia dan dia menujukan kemenangan kepada bapanya.

"Kemenangan ini saya tujukan khas kepada bapa saya kerana telah berjanji untuk mencipta kejayaan di Jakarta."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen