WTM buktikan kewibawaan

Oleh Staff Writer 27 Disember 2019 41
WTM buktikan kewibawaan
Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia (WTM) jelas membuktikan kewibawaan sebagai penganjur apabila diberi penghormatan untuk sekali lagi mengadakan pusingan kelayakan Piala Dunia Berpasukan BNP Paribas Asia pada 2020.

Skuad negara bakal mengharungi beberapa cabaran tahun depan, antaranya Sukan Para ASEAN di Filipina, kelayakan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan pusingan kelayakan Piala Dunia Berpasukan BNP Paribas Asia.

Bagaimanapun, Presiden WTM, Muhd Iqbal Sulaiman, optimis skuad negara mampu memberi aksi terbaik walaupun mempunyai jadual yang padat untuk tahun 2020.

"Buat kali kedua, kami akan menganjurkan saingan kelayakan dan persiapan kami berada di tahap terbaik dan berasakan April nanti akan menentukan kelayakan kami ke Sukan Paralimpik," katanya.

Kini skuad tenis kerusi roda Malaysia berada di bawah kendalian jurulatih baru, Muhammad Ashaari Zainal Abidin, dengan harapan mampu melakar kejutan pada tahun 2020.

Setakat ini, hanya dua atlet negara yang mempunyai harapan ke Sukan Paralimpik Tokyo, iaitu pemain senior, Abu Samah Borhan, dan pemain muda yang semakin meningkat, Yushazwan Yusuf.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen