Verstappen juara dunia dalam pembikinan -- Herbert

Oleh Staff Writer 1 Disember 2016 0
Verstappen juara dunia dalam pembikinan -- Herbert

Max Verstappen memiliki kualiti untuk muncul selaku juara dunia Formula 1 dan mendominasi sukan permotoran itu sepertimana dilakukan pelumba legenda, Ayrton Senna dan Michael Schumacher, kata bekas pelumba, Johnny Herbert.

Verstappen, 19 tahun, telah mempamerkan pemanduan menakjubkan musim ini dan membuktikan kemampuan dirinya apabila memenangi GP Catalunya, sekaligus melakar sejarah selaku pemandu termuda dalam sejarah sukan itu.

Bagaimanapun, teknik pemanduan agresifnya telah mencetuskan rasa tidak puas hati pelumba lain, namun Herbert percaya gaya pemanduan Verstappen hanya akan membuatkan sukan F1 bertambah menarik.

Verstappen mempamerkan pemanduan bergaya di GP Brazil awal bulan lalu apabila berjaya menaiki podium meskipun bermula di petak ke-13.

Herbert percaya jika Verstappen mampu mengekalkan pemanduan agresifnya, dia mampu muncul selaku bintang utama pada masa akan datang.

"Itu pasti," Herbert memberitahu Omnisport apabila ditanya sama ada Verstappen mampu menjadi juara dunia satu hari nanti.

"Bukan mudah untuk menemui pelumba sepertinya. Dia mengingatkan saya kepada Ayrton Senna dan Michael Shumacher. Dia berada dalam kelompok pelumba elit seperti Lewis Hamilton, Fernando Alonso dan Sebastian Vettel.

"Pada era 60-an, F1 memiliki bakat seperti Jackie Stewart, Graham Hills dan Jimmy Clark, dan Verstappen turut memaparkan bakat seperti mereka.

"Kebelakangan ini F1 mula hilang seri tetapi Verstappen telah mengembalikan kehangatan perlumbaan di atas litar."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen