Penganjuran F1 ditanggung kerajaan, Petronas secebis sahaja -- Khairy

Oleh Staff Writer 28 Oktober 2016 11
Penganjuran F1 ditanggung kerajaan, Petronas secebis sahaja -- Khairy

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berpendapat adalah lebih baik dana bagi penganjuran GP Malaysia Formula Satu digunakan untuk membantu perkembangan pelumba negara.

Sudah tiba masa, pelumba negara memiliki sokongan yang lebih efektif selaras dengan hasrat Malaysia untuk memilki pelumba Formula Satu yang berupaya menyaingi pelumba terbaik dunia satu hari nanti.

"Tidak ada pelumba dan tidak ada banyak peluang untuk pegawai negara menyertai pasukan F1. Jadi, fokus kita perlu diubah, terutama ke arah pembangunan.

"Pelumba seperti Jazeman Jaafar dan Nabil Jefri berdepan kesukaran untuk mendapat tajaan untuk tahun ini dan tahun hadapan," jelasnya. 

Bukan sahaja penganjuran Formula Satu sudah tidak relevan dalam meningkatkan profil Malaysia, Khairy juga berasakan tidak ada keistimewaan menjadi tuan rumah perlumbaan elit ini di Asia.

Malah, kehilangan populariti perlumbaan ini sudah menjadi satu fenomena, terutama selepas pengubahsuaian enjin jentera pada 2014 yang memberi kesan terhadap kelajuan dan bunyi dihasilkan sinonim dengan keterujaan F1 sebelum ini.

"MotoGP dan perlumbaan lain akan diteruskan kerana kos tidak terlalu tinggi berbanding F1 yang terlalu besar.

"Apa yang rakyat tidak tahu adalah kos ini ditanggung kerajaan, bukannya Petronas, kerana mereka hanya penaja dan tajaan mereka hanya secebis sahaja daripada keseluruhan kos penganjuran."

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen