Mayweather yang kini sudah bersara mengatakan kehadiran terlalu ramai penyokong Pacman telah mempengaruhi keputusan juri.

Juri memutuskan Pacquiao menang 116-110 pada Ahad, namun Mayweather memberitahu Bradley bahawa perlawanan itu sepatutnya berkesudahan seri.

"Kalau itulah pendapat dia, memang layak dia bersara. Jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan otak dia," ujar Pacquiao.

Bradley sendiri mengakui kekalahan tersebut dan memuji aksi Pacquaio.

"Dia adalah lawan terbaik yang pernah saya hadapi. Manny sentiasa berada dalam posisi terbaik untuk berlawan," katanya.