Sebak dengan keadaan Shaaban selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya pada Jumaat, Malek berjanji akan memberikan bantuan sebaik mungkin bagi meringankan beban keluarga Shaaban.

"Kami akan membantu daripada proses pemulihan, sampai kami dapat menggantikan anggota kakiknya, kami juga akan terus memantau proses pemulihan dari masa ke semasa," ujar Malek Noor.

Shaaban kini sudah stabil dan dipindahkan ke wad biasa di Hospital Kuala Lumpur.

Buat masa kini, Shaaban sekeluarga amat memerlukan sokongan moral kerana kejadian ini berlaku sekelip mata dan kariernya sebagai pemain golf seakan tamat.

Dalam pada itu, Malek juga merayu kepada saksi kejadian kemalangan itu tampil membantu siasatan pihak polis.

"Bayangkan kita hilang anggota kita di saat kerjaya sebagai pemain golf yang baru sahaja meningkat naik, jadi saya menyeru untuk dapatkan pemandu yang bertanggungjawab dalam kejadian kemalangan ini.